Sedang terbentang luas kekuasaanNya,
Ada juga makhluk yang hati dan matanya buta,
Dikejarkan kerajaan dunia yg dusta dan sementara,
Terpinggir akhirnya Kerajaan yg Maha Kuasa,
Bahayanya Dia kerana terlindung rupanya,
Dikejarkan kerajaan dunia yg dusta dan sementara,
Terpinggir akhirnya Kerajaan yg Maha Kuasa,
Bahayanya Dia kerana terlindung rupanya,
Zahirnya tiada, namun kewujudanNya terasa,
Yang merasai adalah yang ingin percaya,
Dan yang rugi itu yang terlepas pandangannya.
Jangan kata tak apa auratmu didedahkan,
Jangan kata zina itu memuaskan,
Jangan kata arak dan judi itu kawan,
Jangan kata penipuan itu kebenaran,
Jangan kata umur itu berpanjangan,
Jangan kata banyak sudah amalan,
Jangan kata berdosa dahulu, taubat kemudian.
Bila tibanya balasan, dosa yang terlajak ingin di undur, amalan yang tertinggal ingin di kejar, peluang yang terlepas ingin di ulang, azab yang menanti ingin di elak.
Kembalilah kalian, marilah kita pulang kepadaNya.