Wednesday, July 23, 2014

Kebenaran yang terselit dalam kebatilan.


Umat Islam diuji/dibalas hebat oleh Allah swt kerana apa?
Dia mahu membuka mata yang lama terlelap dibuai mimpi, menghentak kepala yang lama berkeras melalaikan diri, meruntuh jiwa yang lama terhibur dgn keseronokkan duniawi.

Masihkah kita tidak sedar?
Betapa kerapnya kita berpaling dariNya, mempersoalkan hukumNya, menidakkan ketentuanNya. Beriya-iya agamaNya dicanang walhal kosong didalamnya. Menyatakan cinta kepadaNya namun lekat di lidah semata mata.

Masihkah kita tidak segan?  Mendabik-dabik dada dengan kekayaan, kemewahan dan kekuasaan. Bersenang-senangan di mahligai syurga kononnya. Wang dijulang, kuasa disayang, mewah digenggam. Tanpa beringat dariNya kita datang.

Masihkah kita ingin tidur?
Sedang kita meratah kelalaian, menelan keseronokkan, menjunjung keduniaan, tanpa sedar, yang disangka-sangka kan pemberian, ternyata hanyalah ujian.

Pulanglah wahai saudaraku sekalian. Pulanglah. Yang disuruh kejar itu bukanlah dunia yang dusta, namun syurga Ilahi yang kekal abadi.

P/S: Gambar dekat atas tu hanyalah hiasan. Pray for Palestine, Syria, Rohingya, Africa, Egypt and other countries where muslims being abused/tortured/murdered.

0 shouts:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com